“Dalam melalui pelbagairintangan serta pengalaman dalam pelbagai situasi.

“Dalam menyediakan sumber manusia untuk menyokong cetusan idea PanglimaTentera Laut (PTL) ke arah angkatan laut yang seimbang dan kredibel dalam pelaksanaan15to5, Pegawai Waran dalam TLDM perlu diberi peluang untuk melaksana tugas yang lebihdengan menjawat jawatan yang diisi oleh Pegawai Muda TLDM seperti Pegawai Tadbir,Pegawai Sukan, Pegawai Kenderaan, Pegawai Staf 3 atau mana-mana perjawatan yangdifikirkan sesuai. Secara tidak langsung ini adalah usaha dalam menyediakan Pegawai MudaTLDM untuk lebih terlibat dengan pelaksanaan operasi dan meningkatkan kemahiran di kapalkapalTLDM”Dalam kenyataan diatas, ianya dapat didefinisikan sebagai usaha menaik taraf sertameningkatkan daya kepimpinan seorang Pegawai Waran dalam TLDM. Seperti semua sediamaklum, purata seseorang anggota TLDM yang telah dinaikkan ke pangkat Pegawai Waranadalah terdiri daripada kumpulan yang telah berkhidmat lebih daripada 15 ke 18 tahun.Selama tempoh perkhidmatan itu, tidak dinafikan Pegawai Waran telah melalui pelbagairintangan serta pengalaman dalam pelbagai situasi. Pengalaman itulah yang tidak ternilai danianya harus dikongsi serta diwariskan kepada generasi baru sebagai panduan sertapengajaran supaya bahagian yang mahmudah atau positif dapat digarab untuk menjadi lebihbaik manakala bahagian yang mazmumah atau negatif sama sekali dijadikan tembokpenghalang dari berlaku dalam TLDM. Disini dapat disimpulkan, seorang Pegawai Waranadalah layak bagi diperjawatkan diperjawatan Pegawai Muda berdasarkan bidang tugas sertakesesuaian tugas. Sebagai contoh, kesesuaian lantikan perjawatan Pegawai Tadbir danPegawai Kenderaan adalah bagi Pegawai Waren berkepakaran PNK/TNL, Pegawai Sukandari Pegawai Waran berkepakaran JJM, Pegawai Bengkel dari Pegawai Waran berkepakaranTeknikal serta pelbagai lagi perjawatan yang dirancang.Seperti sedia maklum, perincian seseorang yang menyandang pangkat PegawaiWaran ini adalah seorang anggota pertubuhan tentera yang menyandang pangkat denganpengkhususan atau sub-kepakaran tertentu. Di kebanyakan negara, mereka adalah pegawaitanpa tauliah yang paling kanan dan menggambarkan pengalaman yang luas dan kemahiranmereka yang cemerlang. Dengan kecemerlangan itu seseorang dipersetujui untukmenyandang pangkat Pegawai Waran. Dalam perkhidmatan Angkatan Tentera MalaysiaATM), Pegawai Waran ialah seorang pegawai tanpa tauliah yang mempunyai kekanananyang tinggi, dan dikaitkan dengan pengalaman dan pengetahuan yang tinggi dan meluas.Perlantikan Pegawai Waran dibuat oleh Menteri Pertahanan dan bukannya oleh YangDiPertuan Agong. Dengan itu, perlantikan ini bukannya satu tauliah sebagai pegawai di dalamperkhidmatan tentera, tetapi adalah satu waran kuasa untuk memberikan penjawat jawatankelebihan dan keistimewaan tertentu sebagai Pegawai Waran. Pegawai Waran dalamperkhidmatan tentera di Malaysia dibahagikan kepada dua gred. Pegawai Waran II (PW II)adalah pegawai tanpa tauliah yang lebih tinggi daripada Bintara Kanan. Penjawat jawatanPegawai Waran II biasanya adalah seorang Bintara Kanan yang mempunyai pengalaman danpengetahuan yang tersohor membolehkan pelantikannya sebagai Pegawai Waran II. Anggotajuga perlu lulus semua kursus dan peperiksaan yang ditetapkan dan mempunyai ciri-cirikepimpinan yang cemerlang. Pegawai Waran I adalah pangkat paling tinggi dalam kumpulanpegawai tanpa tauliah, dan merupakan jawatan kenaikan pangkat kepada penjawat pegawaiWaran II. Perlantikan ke jawatan Pegawai Waran I mesti diluluskan oleh Panglima TenteraLaut. Pegawai-pegawai Waran tidak dipanggil gelaran “Tuan” seperti pegawai-pegawaibertauliah, tetapi dipanggil dengan panggilan kehormatan “Encik”. Pegawai waran tidakmenggunakan “badges” seperti Bintara Muda dan Bintara Kanan, tetapi sebaliknyamenggunakan “epaulette” dimana ianya satu tanda khas di atas bahu yang menjadikebanggaan di uniform. Anggota lain-lain pangkat tidak memberikan tabik kepada PegawaiWaran. Hanya pegawai-pegawai bertauliah sahaja yang diberikan tabik hormat. PegawaiWaran dan Bintara yang berkhidmat cemerlang serta mempunyai kemahiran-kemahirantertentu boleh diberikan pertimbangan untuk perlantikan sebagai Pegawai Bertauliah. Denganitu, Pegawai Waran I boleh dihentikan perkhidmatan sebagai Pegawai Tanpa Tauliah danperkhidmatan beliau digantikan dengan perkhidmatan sebagai Pegawai Bertauliah dandengan demikian diberikan nombor perkhidmatan yang baru atau lantikan sebagai PegawaiTugas Khas (RSD) dan ditauliahkan sebagai pegawai TLDM dengan pangkat Leftenan DyaTLDM. Konsep lantikan RSD TLDM yang dilaksanakan pada satu ketika dulu ini adalahbertujuan sebagai memposisikan perjawatan kepada anggota yang layak sertaberpengalaman pada perjawatan yang sesuai.Namun, cabaran kini adalah berbeza dengan masa lampau. Kesesuaian tugasPegawai Waran sebagai penyandang tugas pegawai harus diteliti dengan mendalam keranaianya adalah berbeza dengan program lantikan Pegawai RSD TLDM dimana Pegawai RSDadalah diberi kursus dan serta latihan bagi penyesuaian sebelum dilantik dan diperjawatkan.Kursus serta latihan ini amat penting bagi persediaan mental dan fizikal seseorang kepadaPegawai Waren dan Bintara sebelum menerima serta melaksanakan tugas di posisi PegawaiTLDM dengan berkesan. Di dalam menuju perubahan, ianya perlu melalui beberapa fasa.Pegawai Waren harus yang bakal diperjawatkan harus diberi kursus, pendedahan sertalatihan khas. Sebagai contoh, seorang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TLDM, anggota 70%akan fokus kepada tugas dan tanggungjawab berdasarkan kepakaran asal yang diberikanselepas selesai menjalani latihan rekrut. Manakala 30% akan fokus kepada sub-task atautugas tambahan yang lain bergantung pada pemerintahan serta keperluan sesebuah unit.Namun, dalam campuran keseluruhan 100% tugas itu, anggota LLP adalah tertumpu kepadapelaksana dan bukan pembuat keputusan. Berdasarkan pelan rancangan PTL yangmenghendakkan Pegawai Waran sebagai penyandang tugas Pegawai Muda, bermaksudPegawai Waran yang dilantik itu adalah terlatih serta boleh membuat keputusan. Dalamberbuat keputusan, personaliti serta ilmu harus kukuh. Justeru, kursus serta latihan khasadalah amat diperlukan bagi menjamin kredibiliti Pegawai Waran serta jawatan yang dijawatsama sekali tidak terjejas. Sebagai contoh, lantikan seorang Pegawai Waran bagi perjawatanPegawai Tadbir unit atau Markas dalam TLDM harus diberi kursus yang merangkumi halehwal tadbir unit/markas seperti Pengurusan Sumber Manusia dan PembangunanOrganisasi, Pengurusan Kewangan, Keselamatan dan Pertahanan Negara, PengurusanTeknologi Maklumat, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, serta sedikitberkenaan Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri. TLDM semakin hari semakinmaju seiring wawasan negara tahun 2020 yang mana disasarkan sebagai tarikh sasaran bagimencapai status negara maju daripada segenap aspek termasuk aspek ketenteraan. Dalamkonteks ini, sasaran itu perlu disusuli dengan tindakan bagi memastikan semua jentera dalamnegara bergerak ke arah sasaran yang sama. Salah satu komponen penting dalam prosesmenilai dan meningkatkan keupayaan negara menjadi negara maju adalah daripada aspekkeberkesanan sistem pengurusan dan tadbir sesebuah unit/markas. Pegawai Waran dilantikharuslah berkesan dalam komunikasi perkhidmatan, pengurusan organisasi yang cekap danpengurusan integriti serta tahap komunikasi yang lebih tersusun sama ada ia dalam aspekkomunikasi bertulis ataupun lisan. Pihak tertinggi TLDM disaran untuk membantu unit/markasyang berhasrat bagi melantik Pegawai Waran sebagai lantikan Pegawai Tadbir supayaunit/markas dapat memperkasa tahap pengurusan khususnya melibatkan aspek, pengurusanam unit/markas, asas pentadbiran sumber manusia berkesan dan ketampanan sosial korporatserta komunikasi lisan atau bertulis dengan sistem yang lebih tersusun dan teratur bagimemastikan tahap pengurusan yang setaraf Tentera Laut antarabangsa dan setandingdengan negara maju sesuai dengan visi TLDM untuk menjadi Tentera Laut bertaraf dunia.Aspek kepimpinan. Kesemua anggota dan Pegawai TLDM telah diajar serta dididikberkenaan aspek kepimpinan ini. Namun, kepimpinan pada setiap suatu kedudukan itu adalahberbeza berikutan skop tanggungjawab serta norma kerja yang berbeza. Kepimpinanmerupakan suatu keperluan dalam membina kekuatan organisasi terutama dalam memimpinorganisasi ke arah menuju dan mencapai matlamat yang ingin dicapai bersama. Kepimpinanmembawa banyak pengertian bergantung kepada kesesuaian dan keperluannya. Walaupunkepimpinan adalah sesuatu yang kompleks untuk ditakrifkan namun ia membawa kepadasuatu persamaan dari segi konteksnya iaitu sebagai suatu proses, pengaruh, kerja sepasukanserta penentuan matlamat. Ini bermaksud bahawa kepimpinan itu adalah suatu proses dimana seseorang individu itu (pemimpin) mempengaruhi orang lain bagi mencapai matlamatbersama. Pegawai Waran yang sebelum ini memimpin pada skop atau bahagian yang kecilkini akan memimpin serta mentadbir sesebuah unit/markas secara keseluruhannya dimanaakan bertanggungjawab terus kepada Pegawai Memerintah unit/markas. Pendedahan inipenting berikutan kepimpinan melalui perubahan-perubahan sejajar dengan perubahan masadan keperluan mengikut posisi perjawatan Pegawai Waren itu sendiri. Anjakan paradigmayang dibawa dalam kepimpinan transformasional ini adalah ke arah menekankan kepadakonsep kerja sepasukan, mewujudkan iklim kerja yang kondusif serta menggalakkanpenglibatan subordinat dalam membuat keputusan bagi kebaikan organisasi danmengamalkan cara baru dalam memimpin organisasi. Kajian menunjukkan bahawaperubahan yang dibawa melalui kepimpinan transformasional dilihat lebih demokratik, adilserta mampu meningkatkan komitmen serta penglibatan individu. Organisasi yang melaluiperubahan amalan kepimpinan daripada transaksional kepada transformasional berubahbukan hanya kerana hanya aspek rejimental yang diamalkan, tetapi berubah kerana amalankepimpinan transformasional mampu membawa kepada peningkatan produktiviti atau hasilkerja sesebuah unit/markas. Konteks kepimpinan masa kini amat diperlukan berikutanPegawai Waran yang akan menjadi pemimpin kepada anggota bawahan.Tempoh perkhidmatan. Secara amnya, Perkhidmatan Askar Laskar dalam AngkatanTentera Malaysia. Seseorang askar laskar akan didaftarkan selama 12 tahun dan dibenarkanmenyambung perkhidmatan selama 3 tahun berturut-turut sehingga 21 tahun dan memenuhisyarat-syarat yang ditetapkan. Setelah 21 tahun berkhidmat, anggota tersebut layakmenerima pencen. Seorang askar laskar akan meneruskan perkhidmatan di dalam bidangbidangkemahiran tertentu berdasarkan tred yang telah ditentukan di dalam ketiga-tigaperkhidmatan. Peluang dalam perkhidmatan peluang terbuka luas bagi seorang askar laskaruntuk meningkatkan kemahiran melalui kursus-kursus tred sehingga peringkat tertinggi yangdibayar melalui sistem ‘pay band’. Dari segi pangkat pula, seorang askar laskar berpeluanguntuk diberikan pangkat sepanjang perkhidmatan berdasarkan prestasi dan kecemerlangankursus-kursus kerjaya. Bagi anggota TLDM yang telah mencapai usia perkhidmatan 21 tahun,tidak dinafikan majoriti dari anggota akan terus berfikir kearah pencen wajib. Banyakkeperluan wajib yang perlu diselesaikan bagi persediaan penamatan perkhidmatan. Justeru,adalah disarankan cadangan lantikan bagi perjawatan penyandang ini diberi kepada PegawaiWaran yang mempunyai baki tempoh perkhidmatan yang melebihi 3 ke 4 tahun dimanadianggarkan tempoh ini bersesuaian dengan jangka masa sebelum Pegawai Waran bersara.Dalam menuju matlamat Pegawai Waran sebagai pelaksana tugas Pegawai, sayaberpendapat pendedahan harus sentiasa diberi berulang kali bermula seseorang berpangkatBintara Muda dan keatas. Walaupun tidak keseluruhan Bintara terpilih bagi melalui kursus,program atau pengkhususan pada peringkat awal ini, TLDM boleh memberi peluang kepadabeberapa Bintara yang dilihat berpotensi bagi melaksanakan tugas ini kelak. Antara modulpengkhususan lanjut yang dicadangkan adalah seperti lanjutan bagi penjelasan agar Bintarasentiasa membuka minda selaras menuju world class navy. Bintara atau pemimpin adalahseseorang yang memiliki kemampuan untuk dapat memperngaruhi, mengatur, mengarahkanserta mengkoordinir orang lain untuk berkerja sama dalam mencapai suatu tujuan tertentu.Dalam artian singkat Bintara atau pemimpin adalah seseorang yang dapat mengarahkansubordinatnya untuk tujuan tertentu. Jika kata “Pemimpin” dialaih bahasa kan kedalambahasa Inggris menjadi “Leader”. Leader memiliki tugas dan tanggungjawab untuk me-LEADpara “Follower”-nya atau pengikutnya. Makna LEAD sendiri adalah Loyality (loyalitas). Setiappemimpin memiliki tanggung jawab untuk menumbuhkan loyalitas para pengikutnya dalammencapai suatu tujuan tertentu. Ini dapat dilakukan dengan memberikan motivasi kepadapara pengikutnya untuk semakin bersungguh-sungguh dalam prosesnya. Educate (edukasi),setiap Bintara atau pemimpin wajib mengajar atau guide semua pengikutnya dengan edukasidan pengetahuan. Hal ini akan membantu mempercepat proses pencapaian tujuan danmeningkatkan kualitas setiap subordinat atau anggota bawahan dalam sesebuah unit/markas.Advice (nasihat), apabila dalam kepemimpinanya terdapat masalah, maka pemimpin tersebutharus memberikan saran dan nasihat agar masalah tersebut dapat diselesaikan dnganharmoni tanpa menjatuhkan mana-mana pihak tidak kira pegawai atasan mahupun anggotabawahan.Discpiline (disiplin). Setiap Pemimpin wajib bersikap disiplin dan dapat menjaditeladan bagi anggota bawahannya. Teras kepemimpinan bagi seseorang Bintara perlu kukuh.Adalah menjadi tanggungjawab cara seseorang untuk memperngaruhi orang lain ataukumpulan atau anggota bawahan sehingga kesemua dapat berkerja sama untuk mencapaisuatu tujuan tertentu. Dalam kata lain, kepemimpinan adalah cara seorang pemimpin dalammengarahkan para pengikutnya untuk mencapai suatu tujuan tertentu.Kepemimpinan setiap pemimpin tidak mesti sama, kerana bergantung dari pembawaanpemimpin tersebut mahupun kondisi pengikutnya. Kepemimpinan harus sesuai dengankondisi pengikutnya agar pengikutnya merasa senang dalam proses dan tidak merasatertekan mahupun terpaksa walaupun konsep pemerintahan rejimental adalah teras seorangtentera namun multiskilling Bintara bagi memimpin adalah dituntut supaya keadaan sentiasaharmoni demi negara dalam melaksanakan tugasan harian.Dalam haluan menjadi seorang pemimpin utama, penekanan berperingkat harusdiberikan secara berterusan tanpa sesekali dipandang remeh oleh semua pihak. Tidakdinafikan terdapat Bintara yang seringkali mengelak dari mengambil tanggungjawab ini kelak.Ianya adalah kerana kurangnya keyakinan dan ilmu berkenaan tugasan baru dimana ianyaadalah sangat berbeza dengan tugas hakiki mereka yang lakukan sejak tamat rekrut. Satukejutan budaya mungkin berlaku pada sesetengah Bintara yang tidak bersedia namun dilantikdengan arahan bagi menjalankan tugas baru. Persediaan individu perlu didik sejak awalsupaya menghasilkan produktiviti ataupun hasil kerja yang berkualiti. Semua pihak perlu jelasberkenaan konsep dipimpin dimana ianya adalah proses dimana individu atau kelompokmendapatkan arahan dan pengaruh dari seorang pemimpin untuk mencapai suatu tujuantertentu. Dalam kata kain dipimpin adalah proses dimana individu atau kelompok mengikutiarahan pemimpinnya. Memimpin adalah proses dimana seorang pemimpin dalammengarahkan dan mempengaruhi pengikutnya atau subordinatnya untuk mencapai tujuantertentu. Jadi memimpin adalah proses pembalikan dari dipimpin.Terpimpin adalah situasidimana individu atau kelompok dapat dipimpin dengan baik atau terkendali oleh seorangpemimpin untuk mencapai suatu tujuan unit/markas secara khasnya dan demi mencapaimatlamat TLDM secara amnya. Secara ringkasnya, seseorang anggota harus dipersiapkanmental dan fizikal secara keseluruhannya bagi kefahaman konsep pemimpin atau inchargedalam konteks yang berbeza. Jika dilihat dalam unsur yang baik maka kata “pemimpin”merupakan subjeknya, “kepemimpinan” merupakan objeknya, “dipimpin” dan “memimpin”merupakan predikatnya, sedangkan “terpimpin” merupakan keterangannya. Kesemuaanggota mesti sentiasa tahu kedudukan masa kini dan keperluan terhadap mereka pada masahadapan. Dengan pendedahan, penerangan, mahupun paksaan ataupun “detail”, mahu tidakmahu anggota harus faham sebelum persediaan menjadi Bintara seterusnya Pegawai Warandalam pelaksanaan sekaligus menyokong cetusan idea Panglima Tentera Laut agar TLDMke arah angkatan laut yang seimbang dan kredibel dalam mencapai 15to5 serta matlamatbertaraf dunia.Kesimpulannya, kredibiliti jati diri seorang Pegawai Waran adalah tidak dinafikanberdasarkan pengalaman yang luas dalam perkhidmatan TLDM. Ramai anggota secarakeseluruhannya akan mendapat manfaat lanjutan perkongsian serta tunjuk ajar berdasarkanpengalaman yang akan dikongsi bukan sahaja dalam sesebuah jabatan seperti sediakalatetapi dikongsi dibawah satu unit berikutan tugasan baru yang memerlukan Pegawai Waransebagai penjawat perjawatan tempat Pegawai Muda. Kesediaan dari awal perlu diterapkandan ditanam kepada semua anggota mengikut kesesuaian pangkat serta personaliti anggota.Dengan usaha dan matlamat ini, tidak mustahil TLDM akan terus gemilang dan kredibel bukansahaja Pegawai Waran sebagai penjawat jawatan Pegawai Muda tetapi juga boleh menjawatperjawatan Pegawai peringkat pertengahan serta pembuat keputusan. Kebergantungansaling percaya antara semua peringkat serta keyakinan semua untuk memimpin dengan jatidiri yang kukuh beserta ilmu yang lengkap, TLDM pasti kehadapan, TLDM pasti disegani danTLDM telah bertaraf dunia.